Keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir 600 bilion ringgit ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diserahkan kepada jemaah Menteri untuk dinilai.<br /><br />Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu setakat ini dibawa ke Kabinet.<br /><br />Anwar juga tidak cenderung untuk menumpukan terlalu banyak kepada perkara lama, sebaliknya mahu menumpukan kepada pengurusan ekonomi negara dan meningkatkan keyakinan pelabur.
